Pengenalan
Sistem pengecas turbo atau lebih dikenali sebagai turbo charger merupakan satu sistem tambahan kepada enjin. Ia adalah komponen biasa yang digunakan oleh enjin petrol dan juga diesel. Ia mampu meningkatkan kuasa enjin dengan memaksa udara masuk ke dalam enjin.
Turbo charger berfungsi untuk meningkatkan output enjin, dan mengurangkan penggunaan bahanapi dan mengurangkan kuasa yang hilang.
Prinsip Pengecas Turbo (Turbocharger)
Turbocharger ialah satu alat yang mana menggunakan kuasa haba (yang tidak berguna) daripada ekzos bagi meningkatkan isipadu udara yang masuk ke dalam enjin melebihi isipadu biasa, dengan itu ia dapat meningkatkan output enjin, dan mengurangkan penggunaan bahanapi juga dapat mengurangkan kehilangan kuasa.
Operasi Pengecas Turbo (Turbocharger)
ü Gas ekzos dari exhaust port akan menolak roda turbine.
ü Apabila roda turbine berpusing, roda compressor juga akan turut berpusing, udara disedut masuk melalui penapis udara lalu dimampat dan ditolak ke compressor housing kemudian dihantar ke silinder.
ü Sekiranya kelajuan enjin meningkat, gas ekzos juga akan bertambah, jadi pusingan roda turbine juga bertambah Iaju. Itu akan menyebabkan tekanan turbocharger, daya letupan pembakaran dan output enjin meningkat.
Binaan Asas Pengecas Turbo (Turbocharger)
Terdapat lima komponen utama dalam sesebuah sistem pengecas turbo iaitu compressor wheel, turbine wheel, wastegate valve, blow-off valve dan intercooler.
• Compressor wheel – Compressor wheel bagi sistem turbo adalah dari jenis pemampat bilah jejari yang berfungsi memaksa udara masuk ke enjin dan memampatkannya pada tekanan tinggi. Ia disambung ke turbin melalui satu aci dan ditempatkan bersama-sama dengan turbin di dalam perumah yang sama.
• Turbine wheel - Seperti compressor wheel, turbine juga terdiri daripada jenis turbine bilah jejari yang bersambungan dengan compressor wheel. Ia digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri dengan kelajuan putaran sehingga setinggi lebih 120,000 rpm. Putaran turbin yang sangat tinggi ini memerlukan ia disokong oleh alas khas yang dilincirkan oleh aliran minyak pelincir yang berterusan.
• Injap wastegate - Injap ini berfungsi sebagai injap kawalan tekanan gas ekzos agar tekanan gas ekzos tidak akan menyebabkan turbin berputar terlalu tinggi sehingga merosakkan turbin itu sendiri. Pada tekanan boost yang ditetapkan, injap "wastegate" membuka satu laluan sampingan yang memintas turbin untuk mengawal putaran maksimum turbin.
• Injap blow-off - Injap ini secara ringkasnya adalah injap pelega tekanan yang melepaskan sebahagian tekanan udara termampat apabila pendikit dilepaskan agar tekanan udara masuk tidak merosakkan unit pengecas turbo kerana tiada jalan keluar.
• Intercooler - Intercooler adalah alat penukar haba yang menyerupai radiator dan berfungsi menyejukkan udara termampat bertekanan tinggi untuk meningkatkan ketumpatannya. Walau bagaimanapun, sesetengah sistem turbocharger dengan tekanan boost yang rendah tidak memerlukan intercooler.
Turbocharger Indicator Lamp & Turbocharger Warning Lamp
• Pada sistem turbocharger terdapat satu lampu penunjuk ( indicator lamp ) dan Iampu amaran ( warning lamp ) ( Gambarajah dibawah ) bagi menunjukkan kepada pemandu menandakan turbocharger beroperasi atau bekerja.
Turbocharger Indicator & Warning Lamp
Turbocharger Indicator Lamp :-
• Tekanan turbocharger didalam intake manifold dikesan dengan satu suis tekanan rendah ( Low Pressure Switch ).
• Apabila tekanan tersebut melebihi paras tertentu, transistor didalam meter akan 'ON' dan lampu penunjuk (warna hijau) akan menyala, ini menandakan turbocharger beroperasi atau bekerja.
Turbocharger Warning Lamp :-
• Sekiranya ada kemungkinan waste gate valve dan actuator tidak berfungsi dan tekanan turbocharger ( boost pressure ) meningkat terlalu tinggi, suis tekanan tinggi ( high pressure switch ) akan mengesan tekanan tersebut dan lampu amaran ( warna ambar / kuning jingga ) akan menyala, ini menandakan turbocharger tidak beroperasi dengan betul.
Kesimpulannya
ü turbocharger merupakan satu system tambahan pada kenderaan. Turbocharger dapat meningkatkan kuasa enjin dengan memaksa udara masuk ke dalam enjin. System turbocharger dapat mengurangkan penggunaan bahanapi dan ia juga dapat mengurangkan kehilangan kuasa pada kenderaan.
ü System turbocharger dilengkapi dengan turbocharger indicator lamp dan warning lamp. Pemandu boleh mengetahui sekiranya system turbocharger berfungsi dengan baik atau tidak melalui lampu-lampu tersebut. Dengan ini,pemandu dapat menjaga jangka hayat enjin sekiranya berlaku kerosakan pada system turbocharger seperti overboost.





